Bacaan HB anda rendah kali terakhir cek?
Masalah Hb Rendah pada ibu hamil bukan lagi perkara luar biasa. Ini kerana ramai sangat ibu mengandung di luar sana yang mengalaminya. Kebiasaannya pada trimester pertama, bacaan Hb ibu-ibu mengandung masih di tahap normal. Tetapi, apabila tiba pada trimester kedua dan ketiga, bacaan Hb mula menunjukkan masalah.
Walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan ibu mengandung, tetapi ia tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memudaratkan si ibu dan anak di dalam kandungan.
3 Jenis Anemia Semasa Kehamilan
- Anemia Disebabkan Kekurangan Iron – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.
- Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik – Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.
- Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.
7 Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku
- Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
- Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
- Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
- Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talesemia.
- Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan.
- Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
- Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.
Siapa yang berisiko?
Semua wanita hamil berisiko terkena anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Tapi risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:
- Mengandung anak kembar
- Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
- Banyak muntah akibat morning sickness
- Mengandung diusia remaja
- Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
- Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung
6 Simptom Anemia semasa hamil
Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
- Kulit, bibir dan kuku pucat
- Rasa letih dan lemah
- Rasa pening
- Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
- Denyutan jantung laju
- Sukar untuk fokus
Kesan Anemia Kepada Ibu & Bayi
Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kepada dua golongan ini (ibu dan anak).
6 Risiko Kepada Ibu
- Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
- Kemurungan selepas bersalin.
- Mudah mendapat jangkitan.
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat.
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Kematian ibu. (yang ini paling kita nak elakkan)
6 Risiko Kepada Bayi:
- Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir.
- Bayi menghidapi anemia.
- Bayi yang menghidapi lewat perkembangan.
- Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.
- Keguguran.
- Bayi meninggal di dalam kandungan. (yang ini paling kita nak elakkan)
Apakah supplemen Nutrisi untuk Atasi HB Rendah semasa Mengandung?
Ramai pakar bersetuju bahawa pengambilan nutrisi yang terbaik sepanjang kehamilan sangat digalakkan dan perlu diberi perhatian yang lebih serius bagi ibu yang sedang mengandung.
Bagi kami di AlkurmaAjwa.com, pengambilan jus Al’Kurma sangat membantu untuk atasi masalah seperti HB Rendah. Kami sangat galakkan untuk anda melihat bagaimana supplemen minuman sunnah ini mampu memberikan nutrisi yang terbaik sepanjang tempoh kehamilan.
Anda boleh KLIK di sini untuk ke laman Pengenalan Jus Al’Kurma untuk mengenai lebih lanjut. (100% PERCUMA sahaja info)
Semoga anda dan bayi terus sihat!
Sumber: Pakarvitamin.com
Penaja Utama: SimplyBeauty | Zafesha Simply Foundation
Low HB sememangnya merungsingkan ibu² hamil…di marahi nurse sewaktu checkup sudah seperti perkara biasa…
10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil Supaya Dapat Elakkan Anemia
Memang sangat bahaya masalah HB rendah ni.Risiko pada ibu dan baby juga kan.
Orang mengandung ni memang senang nak dapat hb low kan. Memang bahaya ni kalau tak dikawal dengan baik.huhu. tq for the info 🙂
Hb saya Dr 12 turun 10.8..tukar ubat iberet folic 500 …saya jadi kerap pening